SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG
BATU 8 JALAN PANTAI, 71050 SI RUSA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Rabu, 25 Ogos 2010
Jelajah Tasik Kenyir
Habis lebaran, guru-guru lelaki berhajat ke Tasik Kenyir. Aktiviti selama tiga hari dari 8 sehingga 10 Oktober. Semoga selamat beraktiviti.
Jumaat, 13 Ogos 2010
UPSR HAMPIR TIBA
UPSR semakin hampir. Diharap semua murid tahun enam telah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal yan secukupnya untuk menghadapi UPSR. Manfaatkan masa sebaik-baiknya terutama pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga berjaya.
SEJARAH RINGKAS SKTK
SK TELOK KEMANG, dahulunya dikenali sebagai Sekolah Umum Telok Kemang telah memulakan operasi pelajaran sejak 1909. Ketika itu ia terdiri daripada dua buah bangunan separuh batu beratap nipah yang mengandungi 6 buah bilik darjah. Kemudian sekitar tahun 70-an, bangunan baru dua tingkat dibina dengan menempatkan pejabat dan bilik perpustakaan. Akhirnya, ekoran pembangunan yang semakin pesat di kawasan peranginan Telok Kemang, maka pada tahun 1994, berdiri dengan megahnya satu blok bangunan tiga tingkat yang dapat menampung keperluan bilik darjah, Pusat Sumber Sekolah, makmal sains, bilik Kemahiran Hidup dan kedai buku. Tahun itu juga merupakan titik tolak bermulanya Rancangan Lima Tahun Program 3K. Hari demi hari suasana dan sekitar sekolah diceria dan diindahkan. Serentak dengan itu pencapaian akademik juga turut sama ditingkatkan. Namun, kecemerlangan dalam 3K bukanlah kemuncak kejayaan. Apa yang lebih penting ialah program ini merupakan penggerak kepada hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai institusi kecemerlangan akademik dan kokurikulum.